BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 29, 2011

Pergi Singapura

Pada tarikh 27hb saya bersama suami ,mak dan adik amir telah pergi ke Singapura utk menghadiri majlis perkahwinan anak pak ngah Diana diblok 615 YISHUN SINGAPORE.Kami bergerak dari rumah pak busu mamat di Batu Pahat Johor....pada pukul 8 pagi dan masuk diWoodlands pada pukul 10.30 pagi. Azrul anak pak ngah telah membawa kami ke rumah nye dan di sana ramai tetamu yg datang.....pak ngah tinggal di tingkat 3......Meriah sungguh majlis tersebut apabila pengantin lelaki sampai.Kami berjumpa ramai sedara sebelah mak iaitu sepupu2 mak yang masih menetap di singapura.Kami pulang ke Malaysia pada pukul 3 ptg.....singgah di ayer hitam beli pasu bunga dan bidai utk tingkap dapur

Sunday, March 13, 2011

myself

Nama saya Jaliah binti Hj Muhammad. Saya di lahirkan di Melaka........saya seorg suri rumah...saya suka melayari internet....saya ada mempunyai facebook dimane saya mudah utk berhubung dgn sedara mara dan juga anak saya yang sedang belajar diUniversiti Pertahanan sebagai pelajar awam.Dia mengambil kos pengajiaan sumber manusia ....sekarang dia di semester dua...dia merupakan anak yang rajin belajar dan suka pada bidang yang diceburi.......alhamdulilah..

my husband

Saya dan suami saya berasal dari Melaka.Saya anak jati Melaka begitu juga suami berasal dari Kg Duyung Melaka manakala Saya dry Kg Pernu Melaka.Kami telah berkahwin pd 31-8-1989.Ulangthn perkahwinan kami telah menjangkau ke 22 tahun....hidup aman damai ....dikurniakan 3 cahayamata....2 perempuan dan1 lelaki.Kami ada mempunyai rumah di Melaka iaitu di Duyung berdekatan dgn Masjid Kariah Permatang Duyung.Alhamdulilah kami akan berpindah apabila suami akan bersara....insyaallah.Kami akan balik ke Melaka bila ujung bln atau ada kenduri atau Hari raya puasa dan Hari raya haji.......Begitulah keadaan kami sekeluarga dalam menjalani kehidupan yg mendatang.


Saturday, March 12, 2011

my family

Saya dan keluarga tinggal di Putrajaya selama 8 tahun iaitu pada tahun 2003......sekarang anak saya yang sulung sedang belajar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(UPNM)....Nurhafizah namanye....yang kedua pula Nurzahirah menunggu keputusan SPM nye manakala yang bongsu namenye Amir Hilmi masih belajar di Sek Keb Putrajaya Presint 9 (1) (SKPP9(1))... Tahun 6.. tapi anak saya nie x minat nak belajar .....dia suka main komputer dan catur....dia telah mewakili sekolahnye dan mendapat tempat ketiga acara kumpulan......suami pula bertugas di Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai pembantu tadbir........Md Hassan namenye....saya pula hanya duduk di rumah saya sebagai suri rumah saja...itulah kisah family saya ....jumpe lagi..!!!